High-Converting Websites for Brands

Web Design Untuk Bisnes Malaysia

Servis Bina Website Profesional Untuk Bisnes Di Malaysia.

Kami bina custom landing page, corporate website dan eCommerce yang mempunyai struktur & proven framework. Bukan sekadar cantik, tetapi disusun untuk bantu pelanggan faham dan ambil tindakan.

Custom untuk setiap bisnes Mobile responsive Milik anda sepenuhnya
Scroll to explore

Selected Work

Website Yang Kami Bina Untuk Bisnes Sebenar

Setiap website direka mengikut brand, pelanggan dan matlamat bisnes yang berbeza. Bukan template yang ditukar warna dan logo sahaja.

Preview projek landing page produk
Beauty Landing Page

Product SalesPage

Salespage fokus untuk menerangkan manfaat produk dan membawa pelanggan terus kepada pembelian.

Preview projek corporate website healthcare
Travel Corporate Website

Travel Websites

Website travel yang memudahkan pelanggan meneroka pakej, melihat itinerary dan membuat pertanyaan atau tempahan melalui Whatsapp.

Bisnes Anda Perlukan Aset Sendiri

Bisnes Anda Masih Bergantung Pada Platform Orang?

Shopee, TikTok Shop dan media sosial memang membantu anda menjual. Tetapi kalau semuanya berlaku di platform orang, anda masih belum ada ruang sendiri untuk membina brand, menyimpan database dan menjaga pelanggan lama.

Pelanggan Kenal Produk, Bukan Brand Anda

Dalam marketplace, produk anda dipaparkan bersama ratusan seller lain. Pelanggan mudah membandingkan harga, tetapi sukar melihat apa yang membezakan bisnes anda.

Database Pelanggan Bukan Milik Anda

Anda sudah keluarkan modal untuk mendapatkan pelanggan. Tetapi selepas mereka membeli, anda masih terhad untuk follow up dan menjual kepada mereka semula.

Sales Terjejas Bila Platform Berubah

Fees meningkat, algorithm berubah atau akaun terkena sekatan. Bila semuanya bergantung pada satu platform, jualan anda turut terdedah.

Anda tak perlu tinggalkan marketplace. Gunakan marketplace untuk mendapatkan pelanggan, dan gunakan website untuk membina brand, menyimpan database serta mengembangkan aset yang benar-benar milik anda.

Apa Yang Kami Bina

Tiga Jenis Website. Satu Standard.

Tak semua bisnes perlukan website yang sama. Kami cadangkan struktur berdasarkan apa yang anda jual, siapa pelanggan anda dan tindakan yang anda mahu mereka ambil.

01

Landing Page

Untuk kempen, servis atau satu produk utama

Satu halaman yang fokus menerangkan offer dan membawa pelawat kepada satu tindakan jelas seperti WhatsApp, isi borang atau membeli.

Matlamat utama Tukar traffic daripada iklan kepada leads atau sales
02

Corporate Website

Untuk syarikat, servis provider dan brand

Multi-pages website untuk memperkenalkan bisnes, menerangkan servis dan membina keyakinan sebelum pelanggan menghubungi anda.

Matlamat utama Bina kredibiliti dan trust terhadap syarikat
03

eCommerce Website

Untuk seller yang mahu platform jualan sendiri

Kedai online milik anda sendiri dengan produk, checkout, pembayaran dan pengalaman membeli yang lebih tersusun untuk pelanggan.

Matlamat utama Kurangkan kebergantungan pada marketplace

Cara Kami Berfikir

Bukan Design Cantik Semata-mata.

Setiap website disusun supaya pelanggan bergerak daripada baru mengenali bisnes anda kepada yakin untuk mengambil tindakan.

01

Tarik Perhatian

Headline terus menerangkan apa yang anda tawarkan dan kenapa pelanggan patut terus membaca.

02

Bina Kefahaman

Content disusun supaya pelanggan cepat faham produk, servis dan nilai yang membezakan bisnes anda.

03

Kuatkan Keyakinan

Portfolio, bukti dan maklumat penting diletakkan pada masa yang tepat untuk mengurangkan keraguan.

04

Mudahkan Tindakan

WhatsApp, borang atau checkout dibuat jelas supaya pelanggan tahu apa langkah seterusnya.

Asas Yang Disertakan Dalam Setiap Website

Bergantung pada skop projek
Custom design
Copywriting structure
Mobile responsive
Tracking setup
SEO-ready structure

Dua Saluran, Peranan Berbeza

Marketplace Untuk Jualan. Website Untuk Bina Brand.

Marketplace bagus untuk mendapatkan exposure dan jualan. Website pula memberi ruang untuk membina brand, menjaga pelanggan dan mengawal pengalaman mereka.

Perbandingan
Marketplace
Website Sendiri
Kawalan
Tertakluk pada polisi, fees dan perubahan algorithm
Anda kawal content, offer dan pengalaman pelanggan
Brand
Produk dipaparkan bersama ramai seller lain
Seluruh pengalaman dibina mengikut identiti brand anda
Pelanggan
Akses kepada data dan follow up lebih terhad
Boleh membina database dan hubungan jangka panjang
Persaingan
Pelanggan mudah membandingkan berdasarkan harga
Anda boleh menerangkan nilai tanpa gangguan pesaing

Website bukan pengganti marketplace. Gunakan kedua-duanya bersama: marketplace untuk mendapatkan pelanggan, website untuk membina brand dan aset bisnes jangka panjang.

Safwan Radzi, web designer
Safwan Radzi Web Designer & Digital Strategist
3+ Tahun membina website untuk bisnes

Siapa Di Sebalik Setiap Projek

Kenali Siapa Di Sebalik Website Anda.

Saya Safwan Radzi. Saya membantu bisnes membina website yang lebih professional, eksklusif dan mempunyai struktur fokus untuk hasilkan jualan.

Setiap projek bermula dengan memahami bisnes anda dahulu. Siapa pelanggan anda, apa yang mereka cari dan tindakan apa yang anda mahu mereka ambil. Dari situ, saya susun design dan content supaya semuanya bergerak dalam arah yang sama.

  • Lebih 3 tahun pengalaman
  • Lebih 20 website disiapkan
  • Custom design untuk setiap bisnes
  • Lifetime Teknikal Support
Website yang bagus bukan yang paling cantik semata. Website yang bagus membuat pelanggan cepat faham, percaya dan ambil tindakan.

Pakej & Harga

Pilih Pakej Yang Sesuai Dengan Keperluan Bisnes Anda.

Pilih pakej yang sesuai dengan matlamat bisnes anda. Skop dan kos akan diterangkan sebelum kerja dimulakan.

Untuk satu produk atau servis

Landing Page

Bermula daripada RM699

Sesuai untuk kempen iklan, servis atau produk yang perlukan satu halaman fokus kepada tindakan.

Custom design dan copy structure
Form, WhatsApp atau payment integration
FREE Domain & Hosting (Untuk 1st Year)
Anggaran siap 5 hingga 7 hari
Dapatkan Pakej Ini

Untuk jualan online sendiri

eCommerce Website

Bermula daripada RM2,199

Sesuai untuk seller yang mahu menerima order dan pembayaran melalui platform milik sendiri.

Product, cart dan checkout setup
Payment, shipping dan COD setup
FREE Domain & Hosting (Untuk 1st Year)
Anggaran siap 7 hingga 14 hari
Dapatkan Pakej Ini
i Harga akhir bergantung pada skop dan fungsi yang diperlukan. Hosting, domain atau fungsi tambahan akan diterangkan dengan jelas sebelum anda bersetuju untuk memulakan projek.

Proses Kerja

Dari Perbincangan Hingga Website Live.

Proses dibuat jelas dari awal supaya anda tahu apa yang diperlukan, apa yang sedang dikerjakan dan bila website boleh dilancarkan.

01
Kenal Pasti Keperluan

Konsultasi Ringkas

Ceritakan tentang bisnes, pelanggan dan matlamat anda. Kami akan bantu tentukan jenis website serta struktur yang sesuai.

02
Skop & Persetujuan

Cadangan dan Deposit

Anda akan menerima skop, harga dan tempoh projek. Selepas semuanya dipersetujui, deposit 50% diperlukan untuk memulakan kerja.

03
Pelaksanaan Projek

Design, Bina dan Semak

Website dibina berdasarkan skop yang dipersetujui. Anda boleh menyemak hasil dan memberi feedback mengikut revision dalam pakej.

04
Langkah Terakhir

Ujian dan Launch

Selepas content dan design diluluskan, kami uji paparan, fungsi serta mobile responsiveness sebelum website dilancarkan.

Soalan Lazim

Soalan Yang Selalu Ditanya.

Jawapan ringkas sebelum anda membuat keputusan untuk memulakan projek website.

Ada soalan lain? Tanya terus di WhatsApp.

Landing page biasanya mengambil masa 5 hingga 7 hari. Corporate dan eCommerce pula sekitar 7 hingga 14 hari bekerja selepas semua maklumat dan bahan diterima.

Boleh. Kami akan tanya beberapa soalan tentang bisnes, produk dan pelanggan anda. Jawapan itu akan digunakan untuk menyusun structure dan copy asas website.

Ya. Hosting dan domain mempunyai kos renewal yang dibayar kepada provider. Kami akan terangkan pilihan dan bantu anda memilih setup yang sesuai dengan keperluan serta bajet.

Boleh. Kami akan tunjuk cara asas untuk mengurus bahagian yang berkaitan. Jika perlukan perubahan besar atau fungsi tambahan, anda juga boleh hubungi kami semula.

Tak perlu. Website boleh digunakan bersama Shopee, TikTok Shop atau platform lain. Tujuannya ialah memberi anda saluran tambahan, ruang untuk membina brand dan aset yang anda sendiri kawal.

WhatsApp kami dan ceritakan tentang bisnes anda. Konsultasi awal adalah percuma dan tiada komitmen. Kami akan cadangkan jenis website serta pakej yang sesuai.

Sedia Untuk Ada Platform Sendiri?

Website Anda Patut Membantu Bisnes Bergerak Lebih Jauh.

Ceritakan apa yang anda jual dan apa yang anda perlukan. Kami akan cadangkan jenis website yang paling sesuai tanpa memaksa anda mengambil pakej yang tidak diperlukan.

Konsultasi awal percuma. Tiada komitmen.

Custom design Mobile responsive Website milik anda